PROFILE SYARIKAT


Selamat Datang Ke Laman Blog Green Agro World. Laman blog ini berfungsi sebagai penyalur maklumat terkini kepada para pembaca yang mungkin terdiri dari pihak awam, usahawan dan peserta projek kami. Berbagai maklumat boleh didapati dilaman ini dan ianya sangat berguna bagi anda yang berminat dalam bidang usahawan agro tani. Teknologi utama syarikat kami ialah teknologi sistem fertigasi dan hidrofonik. Syarikat menawarkan teknologi sistem fertigasi terkini dan program usahasama fertigasi yang sangat strategik kepada bakal rakan kongsi syarikat.

Syarikat Green Agro World telah didaftarkan sebagai syarikat milikan tunggal 100% milik Bumiputera. Bernombor pendaftaran SA 0110484-P syarikat ini di alamat di No 39, Tingkat 1, Blok B, Menara Klang, Jalan Nanas,41400 Klang Selangor.

Syarikat berperanan sebagai pemasar hasil-hasil pertanian dari dalam negara. Syarikat kami kini giat membangunkan industri tanaman cili menggunakan teknologi fertigasi dan tanaman sayur berdaun serta ulaman menggunakan teknologi hidrofonik. Selain itu Syarikat juga menawarkan khidmat nasihat dan latihan kepada usahawan dan bakal usahawan yang ingin berkerjasama dengan kami.

VISI DAN MISI SYARIKAT
  1. Kearah mewujudkan Industri Pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk yang berkualiti, segar, selamat dan mersa pengguna.
  2. Menjadi pembekal utama hasil tanaman cili dan sayuran berdaun di Malaysia
  3. Green Agro World ingin menjadi rakan pertanian pilihan utama untuk anda semua
OBJEKTIF UTAMA SYARIKAT
  1. Memberi khidmat perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang professional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya dalam bidang penanaman cili dan sayuran berdaun.
  2. Membimbing dan mewujudkan usahawan angkat melalui program-program strategik yang telah syarikat sediakan.
  3. Mewujudkan kumpulan yang terlatih dan mahir dalam penggunaan dan pengamalan penanaman melalui teknologi fertigasi dan hidrofonik.
  4. Menjamin kualiti pengeluaran hasil yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.
ORGANISASI SYARIKAT


Read more...